Template Design Signboard
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi beberapa contoh template design untuk printing signboard yang kami telah buat sebelum proses percetakan. Signboard merupakan salah satu elemen penting dalam pemasaran dan promosi perniagaan. Signboard memberi peranan membantu pelanggan mengenal pasti lokasi perniagaan anda.
Reka bentuk signboard yang menarik dan kreatif dapat membantu menarik perhatian pelanggan. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti terlebih dahulu design yang sesuai dengan identiti jenama anda. Berikut adalah beberapa contoh template design yang boleh anda rujuk:
Template 3D Signboard
Kebiasaannya, untuk 3D Signboard kami akan mengukur untuk setiap huruf,gambar mengikut ukuran yang dikehendaki pelanggan. Kos untuk 3D Signboard agak mahal berbanding dengan yang lain ini kerana kita perlu menggunakan mesin 3D printing untuk print design terlebih dahulu sebelum mencantumkannya di Signboard. Hasilnya, sangat memuaskan dan cantik.
Template Parking Stand
Untuk proses pembelian Parking Stand, designer kami akan buat template dahulu sebelum proses printing. Parking stand sangat diperlukan untuk mereka yang buat valet parking atau mereka yang menyewa tapak parkir sama ada di hadapan blok kedai/bangunan bagi tujuan menanda tempat parkir untuk bahagian pengurusan/owner atau sebagainya.
Template Signage
Ini adalah contoh template untuk signage yang digunakan sebelum proses pembuatan seperti untuk produk Acrylic Signage, Round lightbox, Round acrylic. Pelbagai rekabentuk yang boleh kami buat kerana kami membuat setiap produk yang dipesan oleh pelanggan tanpa pihak ketiga. Bermula dari Order, Design dan Proses Pembuatan, semua kami jalankan sendiri.
Pelbagai signage/signboard yang menarik yang terdapat di website kami seperti ;