8 Kesilapan Besar Ramai Pemilik Bisnes Bila Tempah Signboard (No.4 Ramai Tak Sedar!) – Cmedia33

kesilapan biasa pemilik bisnes ketika tempah signboard

Nak buat signboard sepatutnya mudah…
Tapi ramai pemilik bisnes buat keputusan terburu-buru, dan akhirnya:

❌ Signboard cepat rosak
❌ Design tak ikut branding
❌ Lampu LED terbakar lepas 6 bulan
❌ Majlis minta turunkan sebab tak ikut spesifikasi
❌ Rugi duit sebab vendor tak profesional

Dalam artikel ini saya tunjukkan 8 kesilapan paling biasa (dan paling merugikan) yang ramai tak sedar termasuk satu point yang ramai orang tak pernah fikir (No.4).

Lepas anda tahu semua ini, kemungkinan besar anda akan jimat RM300–RM1,000 hanya kerana elakkan kesilapan kecil.

Let’s go.

1. Tidak Faham Keperluan Majlis (MBSA, MBPJ, DBKL & Lain-lain)

Ini kesilapan paling besar.

Ramai pasang signboard → baru tahu rupanya tak ikut syarat Majlis.
Hasilnya?

⚠ Diminta turunkan
⚠ Kena compound
⚠ Buat baru → rugi dua kali

Apa yang anda perlu tahu awal-awal?

• Saiz maksimum dibenarkan
• Kecerahan LED
• Warna font wajib untuk signboard kedai ubat / klinik
• Kedudukan signboard
• Struktur ‘projection’ (jika signboard gantung)

Vendor profesional selalu bantu uruskan guideline Majlis.

2. Terlalu Fokus Harga Murah Sampai Abaikan Kualiti

Kami faham, semua bisnes nak jimatkan kos semaksimum mungkin dan mungkin ada yang berfikiran untuk meminimumkan peruntukkan untuk signboard. cmedia33.com

Perlu diingat bahawa membeli signboard bukan beli barang di dalam app Shopee.

Harga murah biasanya datang dengan:
• LED cepat rosak
• Material nipis
• Sticker printed pudar dalam 3 bulan
• Tiada warranty
• Wiring cincai sampai berbahaya

Kalau pelanggan nampak signboard buruk → mereka terus assume bisnes pun “ala kadar”.

3. Tidak Minta Preview Design (Mockup) Sebelum Setuju

Ini kesilapan klasik.

Design di kepala anda tidak sama dengan design yang vendor faham.

Mockup itu penting sebab:

• Anda boleh nampak saiz huruf jelas atau tidak
• Tengok warna sesuai atau terlebih ‘neon’
• Pastikan balance kiri-kanan
• Nampak keseluruhan signage atas bangunan

Vendor profesional tidak akan terus print tanpa tunjuk design.

4. Tidak Kira Jarak Bacaan (Viewing Distance)

Ramai tak sedar tentang ini.

Huruf tinggi 10cm memang cantik…
tapi dari jalan raya, tak nampak langsung.

Guideline ringkas yang memberi impak ketara:

• Jarak 10–15m → Huruf minimum 10–12 cm
• Jarak 20–30m → Huruf minimum 18–20 cm
• Jarak 50m → Huruf perlu 30cm ke atas

Kalau huruf kecil sangat → pelanggan lupa nak berhenti.
Ini terus rugi pelanggan walk-in setiap hari.

5. Tidak Ambil Kira Pencahayaan (Siang & Malam)

Signboard yang cantik siang hari belum tentu cantik waktu malam.

Kesilapan yang biasa dilakukan :

• LED terlalu terang → tulisan hilang
• LED terlalu malap → tak menarik perhatian
• Warna LED bertembung dengan warna background
• Tiada diffuser → cahaya kasar dan tak sekata

Untuk bisnes yang buka malam (kedai makan, klinik, spa, 24 jam) → cahaya LED adalah nyawa signboard anda.

6. Tidak Check Portfolio Vendor

Ini mudah, tapi ramai tak buat.

Anda hanya perlu tengok:
• hasil kerja sebelum ini
• review pelanggan
• sama ada mereka ada team pemasangan sendiri
• gambar real — bukan gambar Google

Kalau vendor asyik bagi alasan atau pusing cerita → lari jauh.

7. Tidak Ambil Kira Material yang Sesuai

Setiap material ada kegunaan:

Contoh material :

Acrylic → aesthetic, cantik indoor/outdoor ringan
Aluminium → tahan panas & hujan
Stainless steel → premium & tahan bertahun-tahun
Sticker print → murah tapi cepat pudar
3D Box Up → nampak professional & moden

Silap pilih material → silap invest.

8. Kesilapan Extra Ramai Tak Sedar – Tidak Mempunyai Brand Consistency

Logo lain dekat IG, warna lain dekat signboard.

Brand terus nampak tak “solid”.

Kenapa brand consistency penting?

• Pelanggan mudah ingat
• Nampak professional
• Nampak lebih premium
• Mudahkan design marketing lain

Signboard ialah first impression bisnes anda.
Kalau first impression pun berterabur… pelanggan kurang percaya.

Nak Elakkan Semua Kesilapan Ini? Kami Boleh Bantu!

Kalau anda nak:

Signboard cantik & kekal bertahun-tahun
Vendor yang tahu guideline Majlis
Design yang ikut konsep bisnes
LED tahan lama & warranty
Harga berbaloi untuk kualiti

Vendor kami lebih dari 8tahun pengalaman dan siap lebih 500+ projek di Selangor & KL.

Jimat masa, Jimat Pening, Jimat Duit.

FAQ

Kenapa ramai dapat signboard yang cepat rosak?

Kebanyakannya sebab pilih vendor murah, material nipis, dan LED tidak berkualiti.

Berapa kos signboard untuk kedai kecil?

Anggaran RM350–RM1,200 ikut material & lampu LED.

Adakah signboard kena permit Majlis?

Ya — kebanyakan kawasan seperti MBSA, MBPJ, DBKL, MPSJ, MPKJ, semuanya ada garis panduan.

Apa tips paling penting sebelum pilih vendor?

Semak portfolio, pastikan mereka tunjuk mockup, dan pastikan quotation jelas.

Signboard apa paling tahan lama?

Stainless steel & aluminium — paling tahan panas, hujan dan jangka panjang.

Kongsi pautan ini

Ready for the Perfect Signage? Visit Cmedia33 Store and Unlock Exclusive Membership Discounts!

Our dedicated support team is always ready to assist you with any signage needs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

View Our Shop