
Checklist Lengkap Sebelum Tempah Papan Tanda Kedai
Artikel ini ditulis untuk pemilik kedai yang tak mahu buang duit, tak mahu kena saman, dan nak signboard yang tahan lama serta berbaloi dengan harga.
Kenapa Checklist Ini Penting?
Majoriti pemilik kedai buat keputusan signboard secara tergesa-gesa.
Hasilnya:
- Harga jadi mahal tanpa sedar
- Rekaan tak sesuai dengan lokasi
- Cepat rosak atau nampak murah
- Terpaksa tukar semula dalam 1–2 tahun
Checklist ini wujud supaya anda buat keputusan sebagai owner, bukan mangsa sales talk.
1. Tentukan Objektif Papan Tanda Kedai Anda
Soalan paling asas tapi paling ramai abaikan:
Apa tujuan utama signboard ini?
✔ Menarik pelanggan untuk walk-in ke kedai kita
✔ Branding jangka masa panjang
✔ Nampak profesional & dipercayai
✔ Menonjol bukan sahaja pada waktu siang, malah waktu malam nampak sangat gah
Jika objektif tak jelas, signboard anda akan jadi:
- terlalu serabut atau mungkin terlalu kecil
- pelanggan tak nak tengok signboard korang
- design yang pelik dan boleh menyebabkan mahal tanpa sebab
👉 Untuk faham bagaimana objektif mempengaruhi kos, rujuk panduan harga lengkap kami di sini:
Harga Papan Tanda Kedai (Analisis Lengkap 2025–2026)
https://cmedia33.com/blog/berapa-kos-sebenar-papan-tanda-kedai-baru-analisis-harga-lengkap-2025-2026/
2. Faham Jenis Papan Tanda Sebelum Pilih Harga
Berdasarkan pengalaman kami, ramai business owner terus tanya harga signboard tanpa tahu jenis-jenis signboard yang ada.
Ini merupakan kesilapan yang patut dielakkan. Kami akan dedahkan beberapa jenis signboard yang sangat popular atau kebiasaan pemilik kedai buat.
Antara jenis signboard yang popular di Kuala Lumpur & Selangor :
- LED signboard
- Neon / Neon Flex
- 3D Signboard
- Lightbox
- Polycarbonate / Colorbond Signboard
Setiap jenis signboard yang diatas, ada:
- kos berbeza
- tahap ketahanan berbeza
- kesan visual berbeza
Jika salah pilih, anda mungkin terpaksa bayar mahal untuk hasil yang tak sesuai dengan lokasi kedai.
👉 Rujuk trend & jenis rekaan terkini di sini:
https://cmedia33.com/blog/trend-signboard-2026-idea-warna-rekaan-yang-buat-bisnes-anda-nampak-premium-cmedia33/
3. LED vs Neon: Jangan Pilih Ikut Trend Semata-mata
Soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan kami:
“LED ke Neon lebih jimat dan tahan?”
Jawapan sebenar: bergantung pada kegunaan & lokasi kedai.
LED:
- Lebih jimat elektrik
- Lebih terang
- Lebih sesuai untuk kawasan komersial sibuk
Neon / Neon Flex:
- Lebih aesthetic
- Kurang terang
- Sesuai untuk indoor atau branding niche
Jika kedai anda beroperasi pada waktu malam, pilihan salah boleh kurangkan visibility. Kami sudah menulis artikel LED vs Neon, anda boleh rujuk link di bawah.
👉 Baca perbandingan penuh di sini:
https://cmedia33.com/blog/cmedia33-papan-tanda-led-vs-neon-mana-lebih-jimat-elektrik-dan-tahan-lama/
4. Ukur Saiz & Sudut Pandangan (Bukan Ikut Rasa)
Ini merupakan kesilapan yang sangat biasa pemilik kedai lakukan.
Masalah biasa:
- Signboard terlalu kecil.
- Tulisan berangkai yang susah dibaca.
- Logo tenggelam dari jauh.
Checklist ringkas:
- Jarak jalan ke kedai
- Kelajuan trafik depan kedai
- Ketinggian bangunan
- Halangan visual (pokok, tiang, bangunan lain)
Memilih saiz yang betul lebih penting daripada design cantik.
5. Material: Murah Sekarang vs Tahan 5–10 Tahun
Soalan yang patut anda tanya supplier sebelum membuat atau menempah signboard:
- Material apa syarikat itu digunakan?
- Tahan cuaca berapa lama?
- Ada warranty atau tidak?
Material murah =
✔ kos awal rendah
✘ cepat pudar
✘ mudah rosak
✘ kos gantian tinggi
Owner berpengalaman akan fikir kos jangka panjang, bukan harga awal semata-mata.
6. Lesen & Kelulusan Majlis (Jangan Ambil Mudah)
Ini isu yang sangat serius. Anda jangan ambil ringan dengan Majlis Perbandaran sekarang.
Tanpa lesen:
- Risiko saman
- Risiko diarahkan buka signboard
- Pembaziran kos pemasangan
Pastikan:
- Saiz ikut spesifikasi majlis
- Lokasi pemasangan dibenarkan
- Dokumen sokongan lengkap
Supplier yang berpengalaman akan maklumkan dari awal, bukan lepas siap baru beritahu.
👉 Baca perbandingan penuh di sini:
https://cmedia33.com/blog/panduan-lengkap-memohon-lesen-papan-tanda-di-malaysia-langkah-demi-langkah/
7. Tanya Tentang Warranty & Servis Selepas Pemasangan
Checklist penting:
✔ Warranty LED
✔ Warranty transformer
✔ Sokongan selepas pemasangan
Tanpa servis lepas pasang, anda akan:
- Cari technician sendiri
- Bayar kos tambahan
- Buang masa
8. Jangan Terus Setuju Dengan Harga Pertama
Harga signboard boleh dioptimumkan, bukan semestinya diturunkan.
Contoh:
- Kurangkan saiz sedikit
- Tukar material tertentu
- Optimumkan rekaan
Supplier yang jujur akan cadangkan opsyen terbaik ikut bajet, bukan paksa pakej mahal.
9. Contoh Signboard yang dihasilkan oleh Cmedia33

Lightbox Signage
3D Signboard – US Pizza


Horizontal Signboard – Murni Fresh
10. Checklist Ringkas (Ringkasan untuk Business Owner Yang Sibuk)
✔ Objektif jelas
✔ Fahamkan jenis signboard yang ada sebelum menempah
✔ LED vs Neon dinilai ikut lokasi
✔ Saiz & sudut pandangan betul
✔ Material tahan lama
✔ Lesen & kelulusan jelas
✔ Warranty & servis ada
Jika semua ini dipenuhi, risiko buang duit hampir sifar.
Penutup: Buat Keputusan Sebagai Owner, Bukan Pembeli Biasa
Signboard bukan sekadar papan tanda. Ia merupakan tunjang utama sebagai alat pemasaran, identiti bisnes kita dan juga aset jangka masa panjang.
Keputusan yang betul hari ini boleh jimatkan ribuan ringgit dalam 5 tahun akan datang.
Setiap kedai berbeza.
Sebab itu cadangan signboard juga sepatutnya berbeza.

































