
Nak buat signboard sepatutnya mudah…
Tapi ramai pemilik bisnes buat keputusan terburu-buru, dan akhirnya:
❌ Signboard cepat rosak
❌ Design tak ikut branding
❌ Lampu LED terbakar lepas 6 bulan
❌ Majlis minta turunkan sebab tak ikut spesifikasi
❌ Rugi duit sebab vendor tak profesional
Dalam artikel ini saya tunjukkan 8 kesilapan paling biasa (dan paling merugikan) yang ramai tak sedar termasuk satu point yang ramai orang tak pernah fikir (No.4).
Lepas anda tahu semua ini, kemungkinan besar anda akan jimat RM300–RM1,000 hanya kerana elakkan kesilapan kecil.
Let’s go.
1. Tidak Faham Keperluan Majlis (MBSA, MBPJ, DBKL & Lain-lain)
Ini kesilapan paling besar.
Ramai pasang signboard → baru tahu rupanya tak ikut syarat Majlis.
Hasilnya?
⚠ Diminta turunkan
⚠ Kena compound
⚠ Buat baru → rugi dua kali
Apa yang anda perlu tahu awal-awal?
• Saiz maksimum dibenarkan
• Kecerahan LED
• Warna font wajib untuk signboard kedai ubat / klinik
• Kedudukan signboard
• Struktur ‘projection’ (jika signboard gantung)
Vendor profesional selalu bantu uruskan guideline Majlis.
2. Terlalu Fokus Harga Murah Sampai Abaikan Kualiti
Kami faham, semua bisnes nak jimatkan kos semaksimum mungkin dan mungkin ada yang berfikiran untuk meminimumkan peruntukkan untuk signboard. cmedia33.com
Perlu diingat bahawa membeli signboard bukan beli barang di dalam app Shopee.
Harga murah biasanya datang dengan:
• LED cepat rosak
• Material nipis
• Sticker printed pudar dalam 3 bulan
• Tiada warranty
• Wiring cincai sampai berbahaya
Kalau pelanggan nampak signboard buruk → mereka terus assume bisnes pun “ala kadar”.
3. Tidak Minta Preview Design (Mockup) Sebelum Setuju
Ini kesilapan klasik.
Design di kepala anda tidak sama dengan design yang vendor faham.
Mockup itu penting sebab:
• Anda boleh nampak saiz huruf jelas atau tidak
• Tengok warna sesuai atau terlebih ‘neon’
• Pastikan balance kiri-kanan
• Nampak keseluruhan signage atas bangunan
Vendor profesional tidak akan terus print tanpa tunjuk design.
4. Tidak Kira Jarak Bacaan (Viewing Distance)
Ramai tak sedar tentang ini.
Huruf tinggi 10cm memang cantik…
tapi dari jalan raya, tak nampak langsung.
Guideline ringkas yang memberi impak ketara:
• Jarak 10–15m → Huruf minimum 10–12 cm
• Jarak 20–30m → Huruf minimum 18–20 cm
• Jarak 50m → Huruf perlu 30cm ke atas
Kalau huruf kecil sangat → pelanggan lupa nak berhenti.
Ini terus rugi pelanggan walk-in setiap hari.
5. Tidak Ambil Kira Pencahayaan (Siang & Malam)
Signboard yang cantik siang hari belum tentu cantik waktu malam.
Kesilapan yang biasa dilakukan :
• LED terlalu terang → tulisan hilang
• LED terlalu malap → tak menarik perhatian
• Warna LED bertembung dengan warna background
• Tiada diffuser → cahaya kasar dan tak sekata
Untuk bisnes yang buka malam (kedai makan, klinik, spa, 24 jam) → cahaya LED adalah nyawa signboard anda.
6. Tidak Check Portfolio Vendor
Ini mudah, tapi ramai tak buat.
Anda hanya perlu tengok:
• hasil kerja sebelum ini
• review pelanggan
• sama ada mereka ada team pemasangan sendiri
• gambar real — bukan gambar Google
Kalau vendor asyik bagi alasan atau pusing cerita → lari jauh.
7. Tidak Ambil Kira Material yang Sesuai
Setiap material ada kegunaan:
Contoh material :
• Acrylic → aesthetic, cantik indoor/outdoor ringan
• Aluminium → tahan panas & hujan
• Stainless steel → premium & tahan bertahun-tahun
• Sticker print → murah tapi cepat pudar
• 3D Box Up → nampak professional & moden
Silap pilih material → silap invest.
8. Kesilapan Extra Ramai Tak Sedar – Tidak Mempunyai Brand Consistency
Logo lain dekat IG, warna lain dekat signboard.
Brand terus nampak tak “solid”.
Kenapa brand consistency penting?
• Pelanggan mudah ingat
• Nampak professional
• Nampak lebih premium
• Mudahkan design marketing lain
Signboard ialah first impression bisnes anda.
Kalau first impression pun berterabur… pelanggan kurang percaya.
Nak Elakkan Semua Kesilapan Ini? Kami Boleh Bantu!
Kalau anda nak:
Klik sini untuk WhatsApp Free Consultation + Free Mockup Design.
Tekan untuk lihat produk di kedai kami Tekan untuk WhatsApp – Dapatkan Harga & Cadangan MaterialVendor kami lebih dari 8tahun pengalaman dan siap lebih 500+ projek di Selangor & KL.
Jimat masa, Jimat Pening, Jimat Duit.
FAQ
Kebanyakannya sebab pilih vendor murah, material nipis, dan LED tidak berkualiti.
Anggaran RM350–RM1,200 ikut material & lampu LED.
Ya — kebanyakan kawasan seperti MBSA, MBPJ, DBKL, MPSJ, MPKJ, semuanya ada garis panduan.
Semak portfolio, pastikan mereka tunjuk mockup, dan pastikan quotation jelas.
Stainless steel & aluminium — paling tahan panas, hujan dan jangka panjang.

































